Akaun pkmu.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kurma Ajwa Madinah



5 Keunikan Kurma Ajwa


1. Disebut dalam Hadis

Terdapat banyak jenis kurma di dunia ini namun kurma ajwa inilah yang pernah disebutkan secara specifik dalam salah sebuah hadisi sahih iaitu :

Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ
Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779].


2. Ciri Yang Unik

Kurma ini disifatkan berwarna lebih gelap, saiznya lebih kecil. Isinya pula lebih tebal dan tidak terlalu manis berbanding kurma lain. Sekali pandang, kurma ini kelihatan seperti kurma lain, namun kurma ajwa memiliki kandungan khasiat yang unik berbanding kurma lain.


3.  Sumber Antioksidan

Kurma ajwa mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan ini setara dengan produk antioksidan yang terdapat di pasaran. Antioksidan ini membantu melindungi tubuh kita daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung, serta bersifat anti-kanserKurma ajwa juga didapati kaya dengan zat magnesium iaitu mineral yang penting sebagai anti-radang. Kurma ini juga secara spesifiknya mengandungi zat anti-radang yang tertinggi setanding dengan ubat-ubatan seperti aspirin dan ibuprofen!


4. Khasiat untuk ibu mengandung & menyusu

Kurma memang sinonim dengan ibu hamil dan menyusu kerana ia dikatakan dapat memberi tenaga. Bulan-bulan puasa ni, ramai yang kongsikan resepi jus kurma susu, kurma oat, air rendaman kurma dan sebagainya untuk ibu mengandung dan menyusu. Kurma ajwa ini membantu ibu meningkatkan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan jangkitanIa juga membantu ibu-ibu mencegah anemia oleh kerana kandungan zat besi yang tinggi.


5. Melancarkan penghadaman

Bulan puasa memang mudah untuk kita terkena sembelit atau sukar menghadam makanan kerana kekurangan air pada siang hari dan waktu makan yang berubah. Amat digalakkan untuk amalkan kurma ajwa pada bulan puasa kerana kandungan serat yang dijumpai didalamnya didapati berkesan dalam melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik.




Maaf, kami jual ini untuk cukupkan duit tabung sahaja, duit tabung ini akan digunakan untuk kerja-kerja Kebajikan sahaja bukan untuk mengambil keuntungan semata-mata. Target nak buat INFAQ RAMADHAN lebih sikit tahun ini. Membeli sambil menyumbang untuk INFAQ RAMADHAN

Stok kurma terhad 200 balang sahaja!

(Habis 200 balang ini kira habis terus stok kurma kami dan jumpa tahun depan pula Insha ALLAH)